Hulu Selangor: Percutian bertukar khabar duka, demikian perkongsian Muhammad, warga Yaman yang terbabit dalam kejadian kepala air di tapak perkhemahan Lata Jebus, Sungai Luit dekat Kuala Kubu Bharu.
Pelajar di kolej swasta dekat ibu negara itu berkata, dia bersama empat rakan asalnya bercadang bercuti sempena sambutan Deepavali dan tiba di tapak terbabit kira-kira 5 petang semalam.
Lelaki berusia 19 tahun itu turut memaklumkan, cuaca berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang petanda insiden kepala air akan berlaku di situ.
"Tiga daripada kami kemudian pergi mandi di tebing sungai, sebelum arus tiba-tiba bertukar menjadi deras dan menghayutkan mereka.








