Kuala Lumpur : Penyanyi dan pencipta kandungan berbakat, Unoo Yuno atau lebih mesra disapa sebagai Yuno, terus mengukuhkan kedudukannya dalam landskap seni tempatan menerusi pelancaran single baharu berjudul 'Salting'.

Langkah terbaharu ini memperlihatkan sisi kematangan Yuno dalam meneroka potensi diri serta membina identiti seni yang tersendiri.

Menggabungkan minat mendalam dalam bidang muzik, persembahan vokal, dan penciptaan kandungan digital, Yuno melihat muzik sebagai medium utama untuk menyampaikan emosi, penceritaan serta ekspresi diri yang jujur kepada khalayak.

Yuno yang mempunyai cita rasa muzik pelbagai genre merangkumi muzik klasik, akustik hingga ke kontemporari selain menyifatkan perjalanan sebagai seorang artis bukan sekadar menghasilkan karya semata-mata.