MELAKA: Hak anggota pasukan keselamatan menentukan pilihan mereka secara bebas tanpa tekanan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka perlu dihormati selaras prinsip kerahsiaan undi dalam proses demokrasi.

Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim, menegaskan pengundi awal membabitkan anggota polis dan tentera berhak menilai calon serta tawaran politik secara matang tanpa berdepan tekanan mana-mana pihak.

"Dalam proses demokrasi, kerahsiaan undi dan kebebasan membuat keputusan mesti dihormati sepenuhnya. JPPH (Jabatan Pilihan Raya Pakatan Harapan) minta semua pihak elakkan sebarang bentuk tekanan, hentikan penyebaran maklumat mengelirukan dan beri ruang luas kepada pengundi untuk membuat penilaian secara bebas," katanya.