Iteks: Sistem pembinaan cekap, kawalan kos sedia kediaman berkualiti tanpa abai aspek keselamatan

Kerajaan mahu penggunaan teknologi pembinaan moden, termasuk sistem pembinaan modular dipertingkat bagi mempercepat penyediaan rumah mampu milik, sekali gus menyokong pencapaian sasaran sejuta unit kediaman bagi tempoh 2026 hingga 2035.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata penggunaan teknologi baharu perlu memberi manfaat langsung kepada rakyat menerusi peningkatan kecekapan pembinaan, kawalan kos serta penyediaan kediaman berkualiti tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan keselesaan.

Beliau berkata, menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan menetapkan sasaran penyediaan 500,000 rumah mampu milik menjelang 2030, sebagai sebahagian daripada aspirasi lebih besar untuk menyediakan sejuta rumah bagi tempoh 2026 hingga 2035.