IPOH: Polis menjalankan siasatan berhubung video tular sekumpulan individu membakar bunga api di persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Kangsar, di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata biarpun buat masa ini belum ada laporan diterima mengenai kejadian itu, siasatan tetap akan dijalankan berpandukan video berkenaan.

"Setakat ini tiada laporan diterima mengenainya. Bagaimanapun pihak polis akan melakukan siasatan berhubung perkara itu.

"Ini termasuk merujuk kepada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar kawasan itu. Pihak polis memandang serius perkara berkenaan berikutan perbuatan berkenaan membahayakan pengguna jalan raya.