PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang cuba mencuri kabel laluan Putrajaya memakan diri apabila dia diberkas dalam kejadian di Jinjang Ahad lalu.
Rapid KL dalam satu kenyataan berkata, suspek diberkas pada pukul 11.57 malam selepas sebuah lori yang dipercayai digunakan untuk mengangkut kabel curi dikesan memasuki kawasan berkenaan.
Katanya, penahanan itu merupakan hasil tindakan susulan selepas kejadian cubaan mencuri kabel pada 7 November lalu sehingga menyebabkan gangguan kepada perkhidmatan tren Laluan Putrajaya.
“Polis Bantuan bersama pasukan operasi Laluan Putrajaya menemui sejumlah kabel bumi yang dipercayai cuba dicuri berhampiran sebuah Bulk Supply Substation (BSS), berdekatan Stesen Jinjang pada pukul 1 petang pada Ahad lalu.







