KUALA LUMPUR – Pelakon wanita drama kepolisan Gerak Khas 2.0 yang dikenali sebagai Inspektor Tisha Shamsir akan melantik peguam dalam kesnya.

Tisha atau nama sebenarnya Shanorbiah Shamsir Alam, 40, berkata, menerusi lantikan peguam yang akan dibuat itu sekaligus menyerahkan sepenuhnya prosiding kesnya kepada mahkamah.

​”Saya akan lantik peguam dan saya serahkan sepenuhnya kepada mahkamah untuk kes saya ini. ​Kita semua tunggulah, saya tidak mahu cakap banyak,” katanya ketika ditemui selepas prosiding sebutan semula kes hari ini.

Sementara itu ditanya mengenai keadaan dirinya ketika ini, Tisha menyatakan beliau berada dalam keadaan baik sepanjang menjalani proses perundangan tersebut.