PETALING JAYA – Nama rancak menjadi bualan netizen dalam media sosial susulan dakwaan negatif terhadap suaminya, Kapten Khairul, pempengaruh Dr. Afifah Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie tampil meluahkan rasa reda berhubung apa jua ujian yang melanda kehidupannya ketika ini.

Menurut bekas isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan itu, dia menyerahkan segala urusan hidup dan takdir kepada Yang Maha Esa tatkala berdepan pelbagai cabaran emosi.

“Apabila dunia dirasakan terlalu menekan, kembalikan hatimu kepada Allah. Dia Maha Mengetahui setiap perjuangan yang tidak pernah kamu lafazkan dan doa yang kamu bisikkan dalam kesunyian.

“Terima kasih semua yang hadir ke majlis kami. Yang paling penting, terima kasih kepada ahli keluarga dari pihak saya dan pihak suami. Kami tidak mampu melakukannya tanpa anda semua,” katanya menerusi satu hantaran media sosial hari ini.