DUBAI – Kereta supercar Yangwang U9 Xtreme keluaran gergasi automotif China, BYD, muncul kereta pengeluaran massa pertama dunia melepasi kelajuan 500 kilometer sejam (km/j), lapor laman berita VNExpress.
Dalam sesi ujian di sebuah lebuh raya tertutup di Abu Dhabi pada 1 November lalu, jentera berkuasa elektrik itu mencatatkan kelajuan luar biasa 503.17 km/j di bawah kendalian pelumba profesional Jerman, Marc Basseng.
Pencapaian tersebut memadamkan rekod terdahulu miliknya iaitu 496.22 km/j yang dicatatkan di Jerman, September lalu.
Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) secara rasmi mengiktiraf rekod itu bagi kategori kereta pengeluaran massa.









