KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah sedang menyelaraskan urusan membawa pulang tiga jenazah lelaki berasal dari Semporna yang maut selepas disambar petir di Sepang, Selangor semalam.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Datuk Azrul Ibrahim berkata, urusan penghantaran pulang ketiga-tiga jenazah itu diselaraskan kerajaan negeri menerusi Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur (PPNSKL).

Beliau berkata, proses berkenaan akan dilaksanakan selepas semua prosedur berkaitan diselesaikan.

“PPNSKL memaklumkan bahawa urusan membawa pulang ketiga-tiga jenazah ke Sabah sedang diselaraskan oleh Kerajaan Negeri melalui PPNSKL, setelah semua prosedur berkaitan diselesaikan,” katanya.