KUALA LUMPUR - Sebanyak 670 permohonan peruntukan penyelenggaraan sekolah telah diterima Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negara dalam tempoh seminggu, selepas Saluran Khas PIBG KPM dibuka pada 1 November.Menterinya, Fadhlina Sidek menerusi hantaran di Facebook hari ini berkata, sambutan yang diterima itu, menunjukkan kesungguhan PIBG untuk bersama-sama membantu meningkatkan kemudahan dan persekitaran sekolah demi keselesaan murid."Saya gembira melihat sambutan ini. Ia menunjukkan kesungguhan PIBG untuk bersama-sama membantu meningkatkan kemudahan dan persekitaran sekolah, demi keselesaan anak-anak kita," katanya menerusi hantaran itu.Beliau berkata, KPM mahu melihat PIBG memainkan peranan lebih besar, sebagai rakan strategik kementerian dalam usaha menambah baik ekosistem pendidikan negara.Fadhlina berkata, ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah setiap hari, turut mempunyai pandangan mengenai perkara yang perlu diberikan perhatian dan ditambah baik di sekolah.Dalam pada itu, beliau berkata, permohonan peruntukan penyelenggaraan sekolah menerusi saluran khas berkenaan masih dibuka sehingga 30 Nov dan PIBG yang belum mengemukakan permohonan, masih berpeluang berbuat demikian.Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM2 bilion kepada KPM menerusi Belanjawan 2027, bagi membaik pulih dan menyelenggara semua jenis sekolah di negara ini. - Bernama
Peruntukan selenggara sekolah: KPM terima 670 permohonan sejak 1 November - Fadhlina

Key takeaways
KPM menerima 670 permohonan peruntukan penyelenggaraan sekolah daripada PIBG sejak 1 November.
- KPM membuka saluran khas untuk permohonan peruntukan penyelenggaraan sekolah.
- Fadhlina Sidek menyambut baik sambutan daripada PIBG untuk meningkatkan kemudahan sekolah.
- Permohonan masih dibuka sehingga 30 November untuk PIBG yang belum mengemukakan permohonan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Kementerian Kerja Raya hanya terima RM3b selenggara jalan
- Sinar Harian Peruntukan selenggara sekolah: KPM terima 670 permohonan sejak 1 November - Fadhlina (this story)








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F05%2F6dc99e953a008489ed624b32254618ae.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
