SUNGAI PETANI - Seorang penghuni pusat penjagaan dan rawatan pesakit mental di Taman Kempas di sini direman bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki di premis sama, Isnin lalu.Lelaki dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang berusia 51 tahun itu direman selama enam hari bermula Rabu hingga Isnin depan bagi siasatan lanjut kes terbabit.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, lelaki tersebut disyaki mempunyai kaitan dengan kes bunuh seorang penghuni berusia 42 tahun yang dikatakan menghidap Skizofrenia.Menurutnya, kira-kira jam 7 malam hari kejadian, mangsa berasal dari Machang, Kelantan ditemukan tidak sedarkan diri di pusat jagaan berkenaan."Polis menerima laporan berhubung kejadian pada jam 7.16 malam sebelum petugas perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia," katanya.Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dada.Semakan rekod mendapati lelaki yang ditahan mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan kes jenayah dan enam rekod berkaitan dadah.Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pesakit mental maut dibunuh: Lelaki 51 tahun direman 6 hari

Key takeaways
Lelaki 51 tahun dari Pulau Pinang direman enam hari di Taman Kempas untuk menyiasat kematian seorang lelaki 42 tahun yang didakwa bunuh. Kematian disebabkan kecederaan dada, dan penahanan lelaki tersebut berkaitan rekod jenayah dan dadah.
- Lelaki 51 tahun direman 6 hari di Taman Kempas untuk siasatan kematian lelaki 42 tahun.
- Kematian disebabkan kecederaan pada bahagian dada.
- Penahanan lelaki tersebut mempunyai sembilan rekod jenayah dan enam rekod dadah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SITI ZUBAIDAH ZAKARAYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Lelaki 62 tahun maut terkena roda rantai jentera
- Free Malaysia Today Pesakit mental ditemukan maut, polis tahan suspek di pusat jagaan sama
- Sinar Harian Pesakit mental maut dibunuh: Lelaki 51 tahun direman 6 hari (this story)








