SUNGAI PETANI: Lelaki berusia 51 tahun direman enam hari bermula hari ini, untuk membantu siasatan berhubung kematian pesakit di sebuah pusat penjagaan dan rawatan pesakit mental di Taman Kempas, di sini, kelmarin.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Fazlina Musa terhadap suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, iaitu bagi kes bunuh.
Media sebelum ini melaporkan, seorang pesakit skizofrenia berusia 42 tahun berasal dari Machang, Kelantan, ditemui meninggal dunia disyaki dibunuh di pusat jagaan dan rawatan pesakit mental, kelmarin.
Susulan itu, seorang lelaki berusia 51 tahun ditahan bagi membantu siasatan selepas hasil bedah siasat mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia akibat kecederaan di dada.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FPresidentandCEOofNVIDIAJensenHuang1011262_161229.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
