Duyong: Walaupun sudah berusia 88 tahun, ia bukan penghalang buat Vong Fook Hoi, atau lebih dikenali sebagai Uncle Wong, meredah hujan sambil menemani Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem berkempen.
Uncle Wong meluangkan masa bersama calon Barisan Nasional (BN) yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong itu, menyantuni peniaga dan pengunjung di Pasar Malam Seri Duyong, malam tadi.
Bagi Uncle Wong, sokongan kepada Mohd Noor Helmy kerana sudah mengenali wakil rakyat itu sepanjang lima tahun.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu, beliau banyak menerima bantuan, selain mengakui Mohd Noor Helmy sentiasa mengambil berat mengenai keadaannya.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2023%2F05%2F6dc99e953a008489ed624b32254618ae.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)