Putrajaya: "Saya nak pilih sebagai seorang ahli politik yang cakap serupa bikin," tegas Anthony Loke bagi menjelaskan keputusannya melepaskan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan berkuat kuasa semalam.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan pendirian yang sudah dinyatakan secara terbuka hampir dua bulan lalu dan bukan sekadar kenyataan tanpa tindakan.
Jelasnya, beliau mahu membuktikan bahawa kata-kata seseorang pemimpin perlu disusuli tindakan bagi memastikan kredibiliti diri terus terpelihara.
"Orang politik ini ramai cakap, berpandangan, cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap.










