KUALA LUMPUR: Ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak dan individu lain dikatakan tidak dibenarkan tinggal bersama bekas perdana menteri itu sepanjang beliau menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

EXCO Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, berkata isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, sebaliknya dipercayai akan menetap di kediamannya di Pavilion sepanjang tempoh itu.

Beliau berkata, urusan pembelian makanan secara dalam talian juga tidak dibenarkan, kerana Najib tidak dibenarkan keluar dari bangunan kediaman di Taman Duta yang diwartakan sebagai penjara.

"Tidak boleh dan rumah itu pun diwartakan sebagai penjara. Memang konsep penjara anak bini tidak ada dalam itu.