KUALA LUMPUR: Panda Eyes Group Bhd memeterai perjanjian taja jamin dengan M&A Securities Sdn Bhd bagi cadangan tawaran awam permulaan (IPO) dan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd.
Dalam satu kenyataan hari ini, peruncit fesyen tempatan itu memaklumkan di bawah perjanjian berkenaan, M&A Securities akan menaja jamin sebanyak 121.87 juta saham baharu meliputi saham yang diperuntukkan kepada orang awam Malaysia dan peruntukan melalui borang merah jambu.
Syarikat itu menyatakan cadangan IPO berkenaan merangkumi terbitan awam sebanyak 325 juta saham biasa baharu mewakili 20 peratus daripada modal saham terbitan syarikat yang diperbesarkan serta tawaran jualan sebanyak 162.50 juta saham sedia ada mewakili 10 peratus daripada modal saham terbitan syarikat yang diperbesarkan.










