KOTA KINABALU – Teka-teki mengenai penampakan cahaya terang di ruang udara negeri ini yang tular di media sosial baru-baru ini disahkan daripada pelancaran roket Long March 12 milik China.
Roket tersebut dilancarkan dari Hainan International Commercial Launch Center di Wenchang pada pukul 4.24 pagi waktu Malaysia, Isnin lalu.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) berkata, pihaknya menerima maklumat awal berhubung laporan penampakan cahaya terang itu sebelum mengesahkan ia mempunyai kaitan dengan aktiviti pelancaran roket berkenaan.
MYSA turut menerima makluman daripada Agensi Angkasa Filipina (PhilSA) mengenai kemungkinan serpihan objek daripada pelancaran itu jatuh di zon jatuhan yang dikenal pasti dalam wilayah perairan kepulauan Filipina.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)