KUALA LUMPUR: Isu titah pengampunan bersyarat dan pelaksanaan tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencetuskan perdebatan dalam landskap politik serta perundangan tanah air.
Namun, di sebalik perdebatan mengenai keabsahan dokumen, kekaburan tafsiran, atau prosedur kehakiman, timbul persoalan mendalam berhubung peranan dan integriti Ahli Parlimen.
Mengapa wakil rakyat lebih gemar memilih medan polemik politik dan meletak jawatan berbanding menggunakan kuasa sah di Parlimen untuk meminda undang-undang yang dipertikaikan secara terbuka dan menyeluruh?
Ulasan peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla itu memperlihatkan jurang ketara antara tindakan politik luaran dan reformasi perundangan yang sepatutnya digerakkan di Dewan Rakyat.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)
