Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan setiap perkara yang dipersetujui dalam CSA, kata jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil. (Gambar Bernama)PUTRAJAYA: Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) tidak terbatas kepada 13 Ahli Parlimen yang telah menandatanganinya, sebaliknya terbuka kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berhasrat untuk mengadakan perbincangan serta memeterai perjanjian berkenaan.

Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata pemeteraian CSA satu perkembangan yang positif terhadap kestabilan politik serta mencerminkan semangat kebersamaan dalam melaksanakan beberapa usaha reformasi institusi.

"Tindakan menandatangani MoU (memorandum persefahaman) ataupun CSA ini tidak terbatas kepada 13 orang Ahli Parlimen ini sahaja dan terbuka kepada mana-mana Ahli Parlimen yang berhasrat untuk datang, berbincang dan menandatangani CSA... jadi, pintu perbincangan itu kekal terbuka," katanya pada sidang media.