Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, AGC akan teliti cadangan bagi meluaskan akses terhadap bahan sejarah negara. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menyahklasifikasikan dokumen bersejarah yang dilindungi di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) sebagai sebahagian usaha menambah baik akses kepada dokumen sedemikian.

Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil berkata, cadangan itu dikemukakan oleh beberapa ahli sejarah, yang menggesa agar satu 'dasar am' diwujudkan bagi penyahklasifikasian dokumen bersejarah berkenaan.

Beliau berkata, Jemaah Menteri bersetuju dengan pandangan mereka, namun perkara itu perlu dirujuk terlebih dahulu kepada Jabatan Peguam Negara, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.