HULU SELANGOR: Seramai 124 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak, di sini, petang kelmarin.
Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ts Abdul Razak Muda, berkata, operasi hari ini tertumpu di empat sektor pencarian iaitu A, B, C dan D yang secara keseluruhan dianggarkan dalam jarak 3.5 kilometer (km).
Beliau berkata, daripada lapan mangsa yang dihanyutkan kepala air, lima berjaya ditemukan semalam, manakala tiga lagi masih belum ditemui.
"Sektor C menjadi kawasan tumpuan pencarian utama. Kira-kira dua pertiga kekuatan anggota penyelamat digerakkan ke kawasan berkenaan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)

