HULU SELANGOR - Polis serta Bomba menggunakan lima dron dalam Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga mangsa yang masih hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak, Kampung Pertak di sini, diteruskan pada Rabu.Tinjauan Sinar Harian mendapati Unit Dron dari Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja, yang memulakan tugas mereka seawal jam 7 pagi tadi.Pasukan itu menumpukan pencarian melalui udara dalam jarak radius lima kilometer (km) dari sebuah jambatan tidak jauh dari persimpangan Kampung Pertak.Tiga anggota Unit Dron PDRM ini menerbangkan dua dron jenis Matrice 300 RTK dan Autel Evo Max, yang mampu terbang dalam tempoh maksima selama 45 minit, manakala Unit Dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerbangkan tiga jenis dron.Pencarian melalui udara ini turut dikoordinasikan bersama dengan pencarian oleh Unit Dron JBPM yang turut beroperasi dari jambatan yang sama dengan segala maklumat dikongsikan di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di Kampung Pertak.Sementara itu, pihak media hari ini tidak dibenarkan memasuki kawasan tempat kejadian di Tapak Perkelahan Sungai Pertak, namun diminta untuk berada di jambatan berhampiran yang hanya terletak dalam jarak 1.3 km.Pihak media hanya akan dibenarkan memasuki kawasan tempat kejadian sekiranya sebarang sidang akhbar akan diadakan.Tinjauan Sinar Harian turut mendapati, selain pemantauan udara, pelaksanaan operasi SAR hari ini turut dijalankan menggunakan bot JBPM dengan radius pencarian diperluaskan hingga ke bawah jambatan.Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar dilaporkan berkata operasi SAR pada Rabu menumpukan kaedah pemerhatian di muka air membabitkan kawasan jambatan dan berhampiran Empangan Sungai Selangor.Pasukan penyelamat meneruskan pencarian menerusi kaedah pemerhatian di permukaan air, terutama di sektor C membabitkan kawasan jambatan dan sektor D berhampiran empangan.Ashrul Riezal berkata, operasi SAR hari ini memberi tumpuan di kedua-dua sektor berkenaan dengan menggunakan bot serta bantuan Unit Anjing Pengesan (K9).Tiga mangsa yang masih hilang ialah Al Maamari Ahmed Hadi Ali, 20, warga Yaman; Chinnasamy Duraimurugan, 36, dan Monikkoth Raghunath, kedua-duanya warga India.Sehingga jam 11.40 pagi ini, tiada sebarang perkembangan positif atau penemuan mangsa diperoleh dalam operasi berkenaan.Terdahulu media melaporkan lima daripada lapan lelaki yang dihanyutkan arus dalam kejadian kira-kira 5.30 petang Isnin telah ditemukan lemas, manakala tiga lagi masih hilang.Mangsa pertama, V. Vijayan, 36, warga tempatan, ditemukan pada 1.30 pagi Isnin di kawasan Jambatan Pertak, kira-kira 2.7 kilometer dari lokasi kejadian di Lata Jebus.Empat lagi mangsa ditemukan pagi Selasa dengan tiga daripadanya dijumpai kira-kira 9.20 pagi di kawasan Jambatan Senget, kira-kira 950 meter dari Lata Jebus, manakala seorang lagi ditemukan pada 10.12 pagi di kawasan Jambatan Gantung, kira-kira satu kilometer dari Lata Jebus.Dua daripada mangsa berkenaan dikenal pasti
Insiden kepala air: Bomba, polis guna dron cari tiga mangsa hilang

Key takeaways
Polis dan Bomba menggunakan lima dron untuk mencari tiga mangsa yang hilang selepas dihanyutkan kepala air di Sungai Pertak.
- Operasi SAR dilakukan dengan lima dron dari Polis dan Bomba di kawasan Sungai Pertak.
- Dron digunakan untuk mencari dalam radius lima km dari jambatan berhampiran Kampung Pertak.
- Pihak media tidak dibenarkan masuk kawasan tempat kejadian tetapi boleh berada di jambatan berhampiran.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Insiden kepala air: 8 dibawa arus, 9 terkandas di Sg Pertak
- Sinar Harian Insiden kepala air: Bomba, polis guna dron cari tiga mangsa hilang (this story)









