Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menambah 200 unit kamera badan generasi baharu (Body Worn Camera), menjadikan jumlah keseluruhan 305 unit bagi meningkatkan ketelusan penguatkuasaan serta melindungi anggota ketika bertugas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, berkata, penggunaan kamera badan penting bagi memastikan setiap tindakan penguatkuasaan direkodkan dan boleh disemak sekiranya timbul pertikaian atau aduan.
Katanya, rakaman itu bukan sahaja melindungi anggota daripada tuduhan tidak berasas, malah membolehkan dakwaan salah laku diteliti berdasarkan bukti.
"Kadangkala, video yang tular hanya menunjukkan sebahagian daripada kejadian. Orang ramai nampak tindakan sitaan, tetapi tidak nampak teguran atau notis yang diberikan sebelumnya.








