BATU PAHAT: Tiga lelaki warga Indonesia yang didapati bersalah menyeludup masuk jongkong dan serbuk timah tanpa cukai seberat lebih tiga tan dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mustaqim Sukarno menjatuhkan hukuman itu terhadap ketiga-tiga tertuduh, Zulkifli, 46; Suhaimi, 30, dan Basri, 45, selepas mengambil kira pengakuan salah, rayuan serta hujahan pihak pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan semua barang kes, termasuk bot, jongkong dan serbuk timah, dirampas dan dilucutkan hak kepada kerajaan Malaysia.

Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa mengangkut dan memindahkan barangan tidak berkastam iaitu 121 bungkusan mengandungi jongkong dan serbuk timah seberat 3,004 kilogram (kg) dengan nilai cukai RM444,351.