Kota Bharu: PAS Pusat tidak akan campur tangan dalam pentadbiran tiga negeri yang diperintahnya berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU yang dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kepemimpinan pusat parti itu menyerahkan sepenuhnya perkara berkenaan kepada kerajaan negeri masing-masing.

Beliau berkata, PAS pusat hanya akan menerima laporan sekiranya isu berkenaan membabitkan hal ehwal parti.

"Buat masa ini, kepemimpinan pusat PAS menyerahkan perkara berkaitan pentadbiran negeri kepada kerajaan negeri masing-masing.