MB Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa perkara, selaras dengan peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu.PETALING JAYA: Kerajaan Terengganu akan melantik seorang wakil kaum Cina daripada Parti Gerakan sebagai Adun lantikan bagi memastikan komuniti itu diwakili dalam institusi perundangan negeri.
Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa perkara, selaras dengan peruntukan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Terengganu yang membolehkan pelantikan wakil daripada kaum atau gender yang tidak mempunyai perwakilan dalam DUN.
“Kita buat keputusan, setelah mempertimbangkan pelbagai perkara, untuk lantik seorang (wakil komuniti) Cina daripada Gerakan sebagai Adun lantikan.”








