PETALING JAYA: Vince Group mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara (KPN) ke-11, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun sebagai penaung kumpulan itu.
Ini sekali gus menandakan satu perkembangan penting dalam usaha memperkukuh kepimpinan, tadbir urus korporat dan hala tuju jangka panjang syarikat berkenaan.
Pelantikan itu dijangka memberi nilai tambah kepada perkembangan organisasi menerusi pengalaman luas Mohamad Fuzi dalam perkhidmatan awam, kepimpinan institusi serta pengurusan strategik sepanjang kerjayanya.
Vince Group yang ditubuhkan pada 2013 merupakan sebuah ekosistem hartanah bersepadu berteraskan Malaysia, merangkumi pelbagai segmen termasuk pemerolehan strategik hartanah, jualan, pembiayaan, pengubahsuaian, pengurusan hartanah dan pendidikan pelaburan.









