PETALING JAYA: Jaguh Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mengidamkan pertarungan semula bersama petarung Lubnan, Ramadan Ondash.
Petarung yang lebih dikenali sebagai Jojo itu mengakui pertemuan semula dengan jaguh Lubnan berkenaan adalah pertarungan paling diidamkannya ketika ini selepas beberapa kali berdepan lawan pilihan ONE Championship.
Atlet berusia 19 tahun itu berkata, beliau tidak pernah cerewet atau menolak mana-mana lawan yang ditawarkan kepadanya, termasuk Johan Estupinan dan Diego Paez.
Bagaimanapun, Jojo menegaskan kedua-dua pertarungan itu bukan atas permintaannya, sebaliknya ditentukan oleh pihak ONE Championship.










