Kuala Terengganu: Bekas Ketua Badan Pimpinan BERSATU, Datuk Razali Idris masih dikekalkan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) negeri.

Razali yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal ketika dihubungi mengesahkan tiada isu penamatan jawatan disentuh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mempengerusikan mesyuarat EXCO hari ini.

"Perjalanan mesyuarat EXCO selama kira-kira tiga jam tidak menyentuh langsung soal penamatan jawatan.

"Setakat ini saya masih kekal menerajui portfolio Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri," katanya ketika dihubungi tadi.