Kamarudin Nor enggan mendedahkan kandungan surat berkenaan dan akan mengulasnya pada sidang media esok. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Ketua Bersatu Kelantan Kamarudin Md Nor mengesahkan menerima surat penamatan pelantikannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) hari ini.

Bagaimanapun, Adun Ayer Lanas itu yang menerajui portfolio pelancongan, kebudayaan, kesenian dan warisan enggan mendedahkan kandungan surat berkenaan buat masa ini, lapor Berita Harian.

"Saya akan bercakap mengenai perkara itu pada sidang media esok," katanya.

Khabar angin kerajaan negeri mahu menamatkan khidmat Kamarudin sebagai exco bertiup kencang sejak semalam.