Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata platform media sosial juga dijangka melaksanakan kewajipan pengesahan umur pengguna pada awal Januari 2027.KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan media sosial berlesen perlu mengemukakan Pelan Keselamatan Dalam Talian kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selewat-lewatnya 28 Dis, selaras dengan kewajipan di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (Akta 866).
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pelan itu, perlu memperincikan langkah dan perancangan penambahbaikan yang akan dilaksanakan penyedia platform, bagi memastikan persekitaran digital yang lebih selamat kepada pengguna.
Beliau berkata platform media sosial juga dijangka melaksanakan kewajipan pengesahan umur pengguna pada awal Januari 2027, selepas tamat tempoh peralihan yang sedang berlangsung.








