Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong berkata sekatan perjalanan hanya boleh dikenakan selepas pembayar cukai mengemukakan borang nyata cukai pendapatan yang membolehkan jumlah liabiliti cukai sebenar ditentukan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kegagalan pembayar cukai menjelaskan ansuran cukai di bawah notis bayaran ansuran (CP500) tidak menyebabkan mereka dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara kerana bayaran itu bukan taksiran cukai muktamad, kata Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong.
Beliau berkata, sekatan perjalanan hanya boleh dikenakan selepas pembayar cukai mengemukakan borang nyata cukai pendapatan (BNCP), yang membolehkan jumlah liabiliti cukai sebenar ditentukan.
"Berdasarkan BNCP dikemukakan, jumlah cukai sebenar akan dihitung semula dengan menolak bayaran ansuran CP500 yang telah dibuat," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.









