Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata dakwaan itu tidak berasas kerana ada pemimpin DAP yang menerima gelaran kebesaran ketika PH mentadbir kerajaan, termasuk di Melaka.MELAKA: Dakwaan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ahmad Maslan bahawa pemimpin utama DAP tidak menerima gelaran kebesaran seperti "Datuk" kerana pendirian parti itu terhadap institusi raja-raja Melayu adalah fitnah, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari.
Naib presiden Amanah itu turut menyifatkan dakwaan sedemikian sebagai cubaan memburukkan PH ketika PRN Melaka ke-16 masih berlangsung.
"Jadi, sebab itu saya simpulkan kenyataan itu satu fitnah," katanya pada sidang media harian PH di Bilik Gerakan Utama PH di sini.









