Penganalisis berkata rekod terperinci kutipan RM50 juta untuk Najib Razak perlu didedahkan kepada umum bagi meningkatkan ketelusan dan kepercayaan rakyat. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Umno perlu mendedahkan kepada umum butiran kutipan RM50 juta untuk Najib Razak bagi membuktikan komitmennya terhadap ketelusan dan akauntabiliti, kata seorang penganalisis politik.
Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata langkah itu membolehkan orang ramai menilai proses kutipan dana berkenaan, sekali gus meningkatkan kepercayaan terhadap parti tersebut.
Syaza Shukri.“Ya, saya rasa maklumat itu perlu didedahkan kepada umum. Umno perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar serius dalam soal ketelusan dan akauntabiliti… bahawa semuanya dilakukan secara telus dan mengikut peraturan,” katanya kepada FMT.










