Tertuduh, Mohamed Shazrin Jamil, 35, dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah membuat hantaran yang jelik melampau sifatnya terhadap perdana menteri di Facebook. (Gambar Bernama)SEPANG: Seorang lelaki dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah membuat hantaran yang jelik melampau sifatnya terhadap perdana menteri menerusi Facebook, Mac lepas.

Hakim Raja Shahril Anuar Raja Baniamin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamed Shazrin Jamil, 35, selepas lelaki itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya .

Shazrin didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran yang didakwa bersifat jelik melampau menerusi akaun Facebook 'Shazrin Kedah', dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain pada kira-kira 6.15 petang, 12 Mac, yang kemudiannya dilihat di Menara 1, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Cyberjaya, Selangor.