Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata JPJ sudah mempunyai kuasa undang-undang yang diperlukan untuk mengambil tindakan terhadap kesalahan membawa muatan berlebihan dan isu lain, termasuk perlumbaan haram.PUTRAJAYA: Bekas menteri pengangkutan Loke Siew Fook mahu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meneruskan operasi membanteras kenderaan yang membawa muatan berlebihan tanpa mengira siapa yang akan menerajui kementerian itu nanti.

Loke berkata, ada pihak yang menyambut baik peletakan jawatannya kerana percaya penguatkuasaan terhadap kenderaan berat terutama yang membawa muatan berlebihan akan dilonggarkan selepas beliau berundur.

“Saya sedar apabila mengumumkan peletakan jawatan, ada yang bersorak. Ada yang sangat gembira kerana mereka beranggapan menteri yang enggan berkompromi dan campur tangan dalam operasi mereka akhirnya sudah tiada.