KUCHING: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg memberi bayangan empat penyandang daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) akan dikekalkan untuk mempertahankan kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Negeri Sarawak (PRN Sarawak) Ke-13.

Empat nama yang itu ialah Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian bagi kerusi Batu Kawa; Datuk Lo Khere Chiang (Batu Kitang); Wilfred Yap Yau Sin (Kota Sentosa) dan Datuk Ding Kuong Hiing (Meradong).

Bagaimanapun, Abang Johari menegaskan perkara itu masih sekadar bayangan dan belum boleh dianggap sebagai pengesahan rasmi calon Gabungan Parti Sarawak (GPS).

"Saya bayangan beri bayangan. Kita hanya akan sahkan menjelang hari penamaan calon nanti," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Projek Pembinaan Jalan Raya Batu Kawa ke Jalan Stephen Yong di Moyan, di sini, hari ini.