Miri: Kegiatan empat lelaki yang aktif mencuri kabel tembaga sekitar Batu Niah di sini, sejak September lalu, akhirnya terbongkar selepas semua mereka diberkas polis.
Penahanan suspek sekali gus menyelesaikan enam kes jenayah itu yang mengakibatkan kerugian lebih RM148,500.
Kumpulan penjenayah dipercayai menjadikan beberapa lokasi sunyi sebagai sasaran aktiviti memotong kabel sebelum dijual kepada pihak tertentu.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima beberapa laporan berkaitan kejadian curi kabel sejak awal September hingga penghujung Oktober lalu.








%2Ffile%2F1101%2Fab0c8377ddb86b496a9939fa5965e5ae.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
