KUALA TERENGGANU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat menjadi potensi bagi Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) menjalin kerjasama lebih jauh khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata kerjasama antara kedua-dua gabungan itu dalam menghadapi PRN Melaka ketika ini dilihat lebih baik dan harmoni serta positif berbanding apa yang berlaku pada pilihan raya di Negeri Sembilan sebelum ini.
Beliau berkata, kerjasama erat antara jentera PN dan BN diyakini mampu membuahkan keputusan terbaik dalam PRN Melaka sekali gus membuka ruang kepada kerjasama politik yang lebih menyeluruh pada masa depan.
Katanya, beliau dapat melihat kerjasama bersama jentera BN dan PN berada pada tahap lebih baik berbanding apa yang berlaku sebelum ini dalam pilihan raya di Negeri Sembilan.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FNajibRazak2_998141.png&w=480&output=webp&q=85&we)
