Kuala Lumpur: Penyanyi, Pasya menasihatkan artis baharu termasuk bekas peserta program realiti agar tidak cepat hanyut dengan populariti sementara atau bersikap 'kejutan budaya' sebaik sahaja tamat program berkenaan.

Pasya, 32, atau nama sebenarnya Faizul Ashraff Fauzi berkata, perhatian luar biasa yang diterima selama beberapa bulan dalam program itu tidak menjamin kelangsungan kerjaya seni sekiranya mereka tidak mempunyai perancangan dan enggan berusaha.

"Jangan 'balik kampung tanam jagung'. Bila masuk program realiti TV, tiga bulan kita dapat perhatian dan waktu itu rasa diri sudah gah dan diva.

"Bila habis program, mungkin sebulan kita masih panas, tetapi masuk bulan kedua atau ketiga perhatian itu makin berkurangan.