Bank Rakyat memaklumkan laman web Bank Rakyat yang dikendalikan oleh pihak ketiga digodam tapi ia hanya merupakan 'web defacement', kata jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil. (Gambar Facebook)DOHA: Sistem perbankan dalam talian dan transaksi kewangan negara kekal selamat meskipun terdapat percubaan serangan siber oleh pihak bukan negara, termasuk insiden penggodaman laman web Bank Rakyat baru-baru ini.
Jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil, berkata setakat ini percubaan penggodaman yang dikesan tidak melibatkan kecurian data atau menjejaskan operasi sistem perbankan dalam talian negara.
"Setakat ini, kita dapati ada percubaan daripada pihak 'non-state actor' untuk melakukan tindakan-tindakan seperti penggodaman dan sebagainya, tapi tidak lagi mencuri data ataupun mengakibatkan sistem perbankan dalam talian terkesan.








