Ketua Menteri Chow Kon Yeow ulas gesaan supaya kerajaan Pulau Pinang tubuh SCI bagi menjalankan siasatan bebas. (Gambar Bernama)GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang akan memutuskan keperluan menubuhkan suruhanjaya siasatan negeri (SCI) berhubung kejadian tanah runtuh di Paya Terubong selepas Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) selesai menjalankan siasatan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan negeri akan menunggu JKKP mengemukakan dapatan dan syor, sebelum mempertimbangkan tindakan lanjut berhubung kejadian itu yang meragut nyawa seorang doktor berusia 73 tahun.

"JKKP sedang menyiasat dan akan memberi syor (kepada kerajaan negeri). Keputusan sama ada SCI akan diputuskan selepas itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Penang AI Feture Makers Bootcamp 2026 di Kolej SEGI Pulau Pinang.