Sarawak mencatatkan 759 sekolah atau 52% yang belum beralih kepada teknologi gentian optik berikutan faktor keluasan geografi dan cabaran logistik di kawasan pedalaman, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,180 sekolah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Sabah dan Sarawak masih belum menikmati kemudahan internet gentian optik, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata jumlah itu mewakili 22% daripada keseluruhan 5,362 sekolah di enam negeri berkenaan, manakala baki 4,182 sekolah atau 78% telah menikmati capaian internet gentian optik berkelajuan antara 300 hingga 800 megabit sesaat (Mbps).
Beliau berkata sekolah yang belum dilengkapi teknologi berkenaan bagaimanapun masih dibekalkan perkhidmatan internet menerusi teknologi jalur lebar tanpa wayar dan satelit.









