Kuala Lumpur: Pelakon Sadiq M Jamil, 28, memaklumkan keadaan bapanya, M Jamil, 62, kini murung kerana masih bersedih sejak bercerai dengan bekas isterinya, Shahrila Markom pada 28 Oktober lalu.
Sadiq atau nama sebenar, Muhammad Zamil Sadiq Mohamad Jamil berkata, dia memahami bapanya sudah berusaha untuk tidak bercerai, namun perlu akur rumah tangga dibina itu gagal diselamatkan daripada perpisahan.
"Selepas perceraian, kesihatan ayah sekarang tidak begitu baik. Walau bagaimanapun, kita adik-beradik sentiasa memberi 'support', menjaga makan minum dan perbelanjaan penjagaan, semua kami sediakan.
"Kita adik-beradik sentiasa menjaga ayah supaya dia sihat dan gembira. Tak nak dia (ayah) sedih terutama di waktu usianya macam ini. Jadi, kami adik-beradik sentiasa bersama ayah.








%2Ffile%2F1101%2Fab0c8377ddb86b496a9939fa5965e5ae.jpeg&w=480&output=webp&q=85&we)
