KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah veteran, M Jamil, 62, sah bercerai talak satu dengan isteri, Shahrila Markom di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak, Selayang, hari ini selepas lapan bulan prosiding perbicaraan berlangsung.
Pada 28 September lalu, kedua-dua pihak hadir bersama peguam syarie masing-masing dengan Shahrila sebagai plaintif diwakili Nabila Abdul Rahim, manakala M Jamil (defendan) diwakili oleh Muhammad Luqmanulhakim Ahmad.
Menerusi prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Maizatul Aliza Chee Din pada 28 September, pihak M Jamil dibenarkan oleh mahkamah melantik hakam keluarga iaitu anaknya, Sadiq Jamil, 28, diikuti dilakukan jug









