KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah era 1980-an, M Jamil, 62, sah bercerai talak satu dengan isteri, Shahrila Markom di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak, Selayang, hari ini selepas lapan bulan prosiding perbicaraan berlangsung.
Pada 28 September lalu, kedua-dua pihak hadir bersama peguam syarie masing-masing dengan Shahrila sebagai plaintif diwakili Nabila Abdul Rahim, manakala M Jamil (defendan) diwakili oleh Muhammad Luqmanulhakim Ahmad.
Menerusi prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Maizatul Aliza Chee Din pada 28 September, pihak M Jamil dibenarkan oleh mahkamah melantik hakam keluarga iaitu anaknya, Sadiq Jamil, 28, diikuti dilakukan juga satu sesi persidangan iaitu majlis tahkim bagi pihak-pihak antara keluarga berbincang secara baik.








%2Ffile%2F1044%2F85e506ba86855c10f2cd1f55c34f250b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)