Kuala Lumpur : Pelakon dan pengarah era 1980-an, M Jamil, 62, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Shahrila Markom di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak, Selayang, hari ini selepas lapan bulan prosiding perbicaraan berlangsung.

Pada 28 September lalu, kedua-dua pihak hadir bersama peguam syarie masing-masing dengan Shahrila sebagai plaintif diwakili Nabila Abdul Rahim, manakala M Jamil (defendan) diwakili oleh Muhammad Luqmanulhakim Ahmad.

Menerusi prosiding perbicaraan di hadapan Hakim Syarie, Maizatul Aliza Chee Din pada tarikh itu (28 September), pihak M Jamil dibenarkan oleh mahkamah melantik hakam keluarga iaitu anaknya, Sadiq Jamil, 28, diikuti dilakukan juga satu sesi persidangan iaitu majlis tahkim bagi pihak-pihak antara keluarga berbincang secara baik.