Bekas Pengerusi Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim memfailkan permohonan kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi membatalkan keputusan LHDN menarik balik perjanjian penyelesaian cukai bertarikh 9 Feb 2022, serta taksiran komposit yang dikeluarkan susulan keputusan itu pada 22 Mac 2022.KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi membenarkan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Abdul Azeez Abdul Rahim mendapatkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membatalkan penyelesaian cukai berjumlah RM4.8 juta.

Peguam Azeez, Amer Hamzah Arshad, berkata Hakim S Indra Nehru membenarkan permohonan kebenaran itu hari ini selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.