MADRID: Kerajaan Sepanyol mendesak platform media sosial TikTok supaya menggantung operasinya di negara itu sehingga ia menghapuskan sepenuhnya kandungan bahan eksploitasi seksual kanak-kanak dari platform berkenaan.
Langkah itu diambil susulan laporan penyiasatan media tempatan yang membongkar kewujudan 1,183 hantaran lucah membabitkan kanak-kanak yang mencatatkan puluhan juta jumlah tontonan.
Menteri Belia Sepanyol, Sira Rego, berkata pihaknya sudah mengemukakan rayuan rasmi kepada pihak pendakwa raya dan Agensi Perlindungan Data untuk mengambil tindakan undang-undang tegas terhadap syarikat teknologi terbabit.
Tindakan itu susulan laporan penyiasatan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan, Maldita.es yang mendedahkan video eksploitasi seksual kanak-kanak di platform berkenaan ditonton sekurang-kurangnya 48 juta kali, selain dikongsi dan di komen lebih 26,000 profil pengguna.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F01%2F9c33e792c1e96d0f70a1b45cb575dd90.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)